Loading...

Manual Pengguna Tangibell



Komponen Tangibell

Tangibell merupakan alat bantu mengajar yang direka khusus untuk kegunaan pembelajaran dan pendidikan kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya disleksia. Tangibell terdiri daripada empat komponen berikut:

  1. Papan Ejaan(Spelling Board)
  2. Huruf 3D (3D Tangible Letter)
  3. Tangibell Gateway
  4. Antara Muka Tangibell (User Interface)

Cara menghubungkan Papan Ejaan dengan Antaramuka Pengguna Tangibell

Keempat komponen diatas saling berhubung kait diantara satu sama lain. Huruf 3D merupakan Tangible User Interface, dimana ianya boleh disentuh dan dirasa dengan sentuhan tangan dan tekstur oleh kanak-kanak penghidap disleksia dalam proses pembelajaran. Manakala, papan ejaan pula terhubung dengan komputer menggunakan kabel USB Mini-B yang bertindak sebagai pembaca kepada nilai huruf yang dibawa oleh huruf 3d yang akan dipindah masuk kedalam Antaramuka Pengguna(UI)applikasi laman sesawang Tangibell yang terhubung dengan papan ejaan melalui perisian yang dinamakan Tangibell Gateway.

Ciri-ciri Antaramuka Pengguna Tangibell

  1. Mengisi nama pengguna dan memilih jantina pengguna
  2. Menu Aktiviti Belajar
  3. Lapan Warna rlen
  4. Mendengar audio sebutan huruf/ejaan
  5. Memeriksa huruf 3D yang dimasukkan kepapan ejaan betul atau salah
  6. Memadam nilai huruf yang telah dimasukkan ke slot huruf